hai hai hai nd asalamualaikumm :) Eh ! macam mane raye korang-2 thu nhe ? Funn , Not bad , boring gile . ataw lagi bast . Hemmmm raye thu nhe tk bape meriahh lah. rase mcm bosan kn ? Ylah smua dah gedek-2 kn xDjadi dh sedar diri sikit , HEHE , nak tengok gmba aku beraaye heheh Maaf lh tk letak kt fb :D bkn ape malas lh nk update photo . lambat sgt internet -,- Same jgk mcm korg ken bile internet sloooooooow je mls nak ltk gamba . btol tk btol tk ? HEHEH okey-2 korg nak tgok kn gmba nye . ok I tunjokk kn .
HEHE dh tgok dah ? puas aty .. ok tu bukan bnde yg adyla nk ckapkn :) HIHI Awww <3 padan muke korang ;D . ingat dah hbis ke tadiii . HIHIH maaf-2 ade lagi lah . tu Main je . nhe bru body ceritenye. okeh lets move on'
_________________________________________________________________
Sepanjang hidup aku *cehh panjang lh sgt hdup aku xD, aku pernah terdengar cerita pasal couple yang banyak kali berpisah ni. Mereka ni sampaikan ada rekod berapa kali berpisah lepas tu berbaik-baik semula. Kalau bergaduh sikit mulalah meleret-leret sampai nak berpisah. Lepas tu salah satu akan cool down dan pujuk balik pihak lagi satu. Serius aku cakap, kalau nak couple macam ni sampai 10 kali berpisah dan ‘rujuk’ semula, rasanya tak payah la kot sebab memang nampak macam budak-budak sangatlah..Satu peraturan yang aku rasa perlu ada dalam sesebuah relationship, jangan fikir langsung perpisahan tu sebagai satu alternatif. Oklah, mungkin aku bukan orang yang sesuai nak cakap pasal hubungan yang berkekalan ni sebab aku pun belum kahwin dan dah pernah berpisah dengan orang lain beberapa kali. Tapi kalau ikut pengalaman aku yang lepas-lepas, gaduh la teruk macam mana pun selagi boleh selesai masalah elok-elok, selesaikan. Cuma jangan sesekali fikir nak berpisah bila satu lagi pihak beria-ia nak berbaik semula. Kadang-kadang kita boleh nampak keikhlasan seseorang dalam sesebuah relationship bila bergaduh ni. Tengok macam mana dia nak hubungan tu kembali baik semula.Bila dah berpisah ni, mulalah sakit hati yang teramat sangat. Kadang-kadang rasa macam nak mati pun ada (cuma kepada yang tak rasa tu, nampak sangatlah hubungan tu tak bermakna pada orang tu). Ada lelaki bagi alasan tak macho la macam ni, itu dan ini, tapi sebenarnya bila tengok balik orang tu punya perangai, mungkin dia tu memang terang-terang tak komited langsung dalam hubungan tu. Takpe, orang macam tu boleh dibuang jauh-jauh. Mungkin tak sesuai dengan Korang.Bila dah berpisah, pandangan kita pada seseorang tu boleh berubah sama sekali. Selama ni tak pernah fikir pun yang dia sanggup buat macam tu, tapi bila benda ni berlaku, kita fikir balik siapa sebenarnya dia ni? Betul ke dia ni orang yang kita sayang separuh mati selama ni? Kalau orang tu datang balik nak ‘rujuk’ keadaan dia dah lain sama sekali dan sampai bila-bila walaupun kejadian tu dah dimaafkan tetapi memang akan melekat dalam ingatan dan hati individu yang ditinggalkan tu. Serius. Kalau hati dah pernah terluka, memang akan meninggalkan kesan yang sampai bila-bila tak akan hilang. Bukan tak nak memaafkan, cuma luka hati dan perasaan ni sangat halus dan memang susah nak hilang. Tak percaya tanyalah pada orang yang pernah ditinggalkan dalam hubungan Cinte-cinte nhe. Itulah sebab ada orang yang pernah dilukai sampai boleh serik dan tak nak lagi bagi komitmen dalam apa-apa relationship.Kalau nak bercinta, eloklah betul-betul komited dalam hubungan percintaan tu sejak dari awal lagi. Janganlah setakat nak cukupkan syarat je dan bila apa-apa jadi terus cari jalan keluar. Memang silap besar kalau kita terjumpa orang macam ni dalam hidup. Pada aku, selagi salah seorang tidak curang dengan orang lain, selagi tu hubungan tu boleh diperbaiki dan diteruskan.Tapi kepada couple yang dah berpisah sampai 10 kali tu, aku tak taulah.. Itu stail budak-budak sekolah belum matang yang memang aku tak faham langsung. Mungkin mereka ni boleh terima hubungan yang macam tu dan mereka ni jenis orang yang tak serius, jadi takde masalah sangat. Kalau tanya aku perlu ke tidak berpisah ni, jawapan aku tak perlu! Pertahankan hubungan tu selagi termampu dan terdaya.
#This is true lh :) Fikir-2 kn tawtaw <3
0 comments coment:
Post a Comment
Hai , dah bace comment bole ? :DD sengal lahhh , hhu TYTY